Kebelakangan ni banyak aktiviti yang akak jalankan baik bersama kuarga n rakan-rakan di pejabat. Baru-baru ni kitorang sumer di kerah untuk melibatkan diri dalam program team bulding yang sedikit sebanyak telah merurunkan akak sebanyak 2 kilo. Ehehehehe...sekojap jek dah naik keje nih naik balik 2 kilo yang hilang tuh.
Program ni dijalankan pada 7 hingga 8 ogos 2009. Seronok tuh mmg lah seronok sbb baru first time akak tido dlm khemah. Menikmati udara segar dalam hutan. Tapi yang paling trauma bagi akak jungle tracking dari Lubuk Merekek ke Takah Tinggi 8km pergi dan balik dengan melalui lereng-lereng bukit yang curam. Bagi mereka yang dah biasa takdek masalah kot, tp bg akak yang tak pernah nih, satu penyeksaan.
Oklah kat sini akak tepekkan gambo utk korang sumer.
Ni kat dalam bas dalam perjalanan menuju ke selai
Tengah menunggu 4WD kat Pejabat Taman Negara
Dalam pajero menuju ke Lubuk Merekek masih sempat posing.
Hmmmm...dah sampai kat lubuk merekek. Inilah Banglo akak.
Aktiviti hari kedua. Ni lah gang satu pejabat akak berkumpul untuk Kembara ke Takah Tinggi
Ni tengah semangat nak menuju ke takah tinggi. Bukan main semangat lagik.
Ni baru separuh perjalanan dah naik basah baju akak dengan peluh. Eh! En faizal nih alih-alih timbul jek kat belakang.
Muka yang penuh keletihan. Naik basah lencun baju dek peluh yang keluar cam air paip.
Ni lah pemandangan air terjun di Takah Tinggi. Memang cantik keajaiban alam ciptaan tuhan. Kat sini ikan pun banyak, tp takleh tangkap.
Ni aktiviti keesokan hari menyumpit. Haa...tepi adik kakak kang ader yang kena sumpit.
Selepas nyumpit kita di ajak masuk hutan lagik untuk sesi ikhtiar hidup. Tengok tu Pak Dani ngajar cemaner nak masak nasi kat dlm hutan.
Akhirnya selesai gak program ni dengan selamat. Ni kumpulan akak dengan hadiah2 kemenangan.


SELAMAT BERPUASA....wah cam best je team building...tu baju basah lencun pasal terejun lam air ke..pasal peluh??hehehe
BalasPadamselamat berpuasa untuk su jugak. Dah penat tak larat nak mandi manda kat saner. Baju basah tu sbb peluh beb.
BalasPadam