02 November 2009

Berus Jangan Tak Berus

Salam...alhamdulillah bertemu lagi kiter dalam ruangan ini. Masih lagi bernafas. Hari ni hari Isnin, mungkin ada di kalangan uolz begitu bersemangat untuk kembali bekerja harini untuk menyambung tugas-tugas dan tak kurang juga keletihan kerana pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari cuti.

Bagi akak sekuarga hari cuti kali ni takdek kemana2, cuma menghabiskan masa di rumah ayahandabonda pada hari sabtu dan hari ahad men'servis' rumah. Kali ni akak menugaskan darling untuk menyental belakang rumah yang berlumut.

Hmmm...tengok lumutnya..akak ckp kat darling jgn kat depan rumah jek nak cantik, belakang rumah pun kena amek kira jugak.

"Abang basuh rumah kita jek, jgn lak nak tunjuk rajin sampai tolong basuhkan rumah sebelah..."

Berus, jangan tak berus, sayang tukang amekkan air jek, kira tolong gak kannnn...

Tugas akak pulak membersihkan laman yang sekangkang kera nih. Kalao ada saper yang mengikuti entry akak sebelum nih, kat laman akak ni dulu ada tanam pokok cili api, tapi dah mati so akak gantikan ngan pokok hiasan nama nyer pokok siantan kot kalo tak silap. Tapi masih lum ada daun lagik.

Tapi kalo uolz nak tau, dalam banyak2 pokok yang ini akak paling sayang. Kalo orang johor tak boleh tinggal daun ni kalo masak gulai...apa lagik kalo bukan daun kesum...

30 Oktober 2009

BuNgA IdAmAn KU..................

Sayam tayang sumerrrrrrrr.........

Perghhhh...hari ni datang keja lutut sakit beb. Ini sumer penangan gi aerobic. Penangan joget ala2 stacy n tango. Haa...sampai terkucel lutut mak....

Skang ni akak tengah semangat gi aerobic maklumlah badan dah montelllll sangat. Tengok kat cermin pun tension tau. Paling tension time beli baju. Maner yang berkenan takdek saiz, kalo berkenan tgk org pakai cantikkk siap ada shape, tp biler akak pakai...jadi strait...huwaaaaaa.....korang bagi akak sokongan ehh..skang ni berat akak 80 kg tauuu..kalo bolehh sampai bulan 12 ni akak target dpt turun 75 kg pun ok...dan sasaran seterusnyer sampai 65. Kira oklah kan, kalo kurus sgt tak mongel lak kan, dah lah darling kurus nnt peluk tak rasa aper...(hihi..sensored).

Sebenarnya akak nak kongsi ngan uolz bunga idaman akak, sampai skang nih tak dpt2 sebab tanyer kat kedai bunga dah siap gubah RM200. Nak modal bunga jek tak reti lak nak gubah, sbb akak ni tak seni...

Ni akak tepekkan gambo nyer, kalo saper2 nak bg hadiah silakan lah, tak cukup tapak tangan, satu rumah akak tadah kan. Tp gambar blur sket lah sbb tangkap dlm catalog....Layannnn...

Haaaaaa...shanteeeekkkk kannnnn....

29 Oktober 2009

Sonok Dapat Org Banje Minum....

Salam...selamat pagi....semoga hari ni ceria semua hendaknyer. Mesti masing2 ader citer best semalam, dan tak kurang mesti ader yang bersedih..tp takper hari ni kiter cuba ceria-ceriakan suasana...oh yehhhh...

Semalam hati akak byk senang sebab pagi ada org nak banje akak minum, saper lagik kalo tak bukan cik naturalspirit. Alhamdulillah saat poket kering ni aderlak orang nak banjekan..apakan tidak, nak tunggu gaji lambat lagi wooo...akhir bulan sebelas..gilak luuu..inipun dah nyawa2 ikan.

Inilah cik naturalspirit yang banje akak minum pagi. Kitorang gi minum kat restoran nasi ayam penyet. Tp pilihan menu kitorang mee hoon bakso...Tima kasih naturalspirit semoga allah cucuri rahmat ke atas mu, dan bertambah lagik rezeki..aminnnnnnn. Lepas ni leh ko banje kitorang kat anjung warisan lak, dah kebetulan.........sila ko sambung ayat nyer yek...

Haaaa..nampk bebola daging saya...hmm...nyum..nyumm..Kat sebelah tu layarlara tp tak moh amek gambo, keadaan tak mengizinkan katanyer....

haaa...apa lagi jemputlah...rasa sket sorang eh...jgn rebut-rebut...ha yang belakang tuh dapat rasa lum...kang kempunan..ha camtu lahhhh...


Hmmm...giliran akak lak yer nak makan....

28 Oktober 2009

Minggu Anak2 Peksa

Salam sayang sumer....minggu ni tiga2 anak akak amek peksa. Rasanyer sumer sekolah samer jek kan tengah peksa. Risau gak hati ni boleh tak diorang menjawab.

Maner tidak nyer biler kiter suruh dier ngulang kaji banyak sangat alasan. Asal ngajar jek tu jam lah menyangap. Tapi yang peliknyer biler tutup buku jek terang plak mata tgk tv atau main game.
Semalam pepagi hazim dah ckp kat akak, "mama doakanlah hazim yer semoga hazim dapat jawab peksa", korang tak tau nak, tiap2 lepas sembahyang mama doakan kejayaan korang sumer....

So, anak-anakku semoga kalian berjaya peperiksaan akhir tahun ni, dan mama doakan juga semoga kalian dapat naik kelas yang lebih baik. Tak lupa juga untuk semua2 yer yang ada anak2 amek peksa akak doakan anak2 u olz mendapat keputusan yang baikkkkk....aminnnnnnn..

26 Oktober 2009

Saja Membuang Masa

Salammmmmm...sebenarnyer arini takdek idea nak tulis aper. Tapi disebabkan boring n mengantuk, akak paksa juga diri tulis kat blog nih. Nak kater takdek keje ader tapi faham2 jeklah hari senin kannnn...huaraghhhhhh....

Arini akak sajek nak tepek2 gambo jek...so layan jek lah yer.....

Masa ni akak pegi rumah mak sedara kat Batu Gajah Perak dlm pertengahan bulan lapan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak dia. Mak Busu akak ni ada satu jek anak dia (melur). So memandangkan lepas ni dier tak buat majlis kahwin lagik, akak terpaksalah pegi. Kalo u all nak tau mak busu akak ni orang kuat masa akak n adik2 yang lain kahwin. So tak patutlah kalo akak tak pegi rumah dia kannnnn....

Ni gambo akak ngan mak busu yang berdiri sebelah akak (tudung coklat).

Ni gambo akak sekeluarga masa hari raya arituh. Kira gambo dah basi, tp tak kira akak nak letak jugak.
Ini aksi budak2 nakal kat rumah. Asal tak sekolah macam2 aktiviti diorang buat kat rumah, termasuk kelahi.....

Masa ni kat rumah pak sedara akak kat Bakar Batu, JB kerana majlis pertunangan anaknya. Masa bergambo ni anak akak sorang lagi Muhd Hazim tengah sebuk main ngan sepupu2nyer. Ajak bergambo pun tak nak.


Ini lah orang yang bertunang. Yang baju blue black nih adik akak selaku jurusolek yang bertunang.

Ini lah Band adik akak The Epal sedang buat show atas undangan persatuan Teksi Johor Bahru pada 25/10/09. Yang menyanyi sambil petik gitar tuh lah adik akak, Mohd Isa Azrai.

Seperti biasa akak dilantik sebagai rakaman video dan adik akak di sebelah Isni Qurratu'ain sebagai jurukamera yang tidak bertauliah (kedua-dua nyer). Ni kira dah penat lah nih..

Hazim seperti biasa mengambil peluang di atas kesebukkan mama nyer dengan bermain di taman permainan yang terletak di sebelah dewan. Yang sebelah tu sepupunyer Mohd Haikal.

22 Oktober 2009

Tok! Tok! Tok! Assalamualaikum.....

Swapp...Swapp...dup..dup..zeeeeetttttt......Aduhhh...penat sungguh menyapu habuk kat rumah ni yang dah banyak sekali sawang2 nyer...maklumlah dah lama bangat akak tak datang rumah nih. Maklumlah sejak dua menjak nih sebuk tul ngan tugas harian.

Nak cakap tak de aktiviti, berlambak aktiviti akak yang nak dikongsi bersama, tapi tu lah disebabkan malas sumer tak jadik. Tp skang ni dah oklah sket kot, sbb orang yang akak tanggung tugas dah nak balik kerja minggu depan....wahhhh sonok nyer....welkang dayah.....2 bulan akak nanggung tugas ko cam rasa setahun...stresssss....sangat..

Kali ni akak tak dapat lah nak tepek gambo. Nanti lain kali lah yer. Tengok lah sok2 ker sbb faham2 jeklah baru ngemas rumahkan...

So ok lah sampai kat sini jek kali ni, sajek sekadar nak bg tau yang rumah ni masih berpenghuni. Ok lahh babai....sampai jumpa lagiiiiiiii....

24 Ogos 2009

AkTiViTi Di HaRi CuTi

Salam kepada sumerrrr.....selamat berpuasa yer. So cemaner dengan minggu pertama puasa? Mesti ramai yang balik kampung. Akak cam biase arrr...balik kampung skudai yang hanya 10 minit sahaja dari kediaman ku.

Hari ni takdek nak citer aper2 cuma nak tepek gambo jek di sepanjang aktiviti akak jalankan pada hari pertama menyambut pose......

Pagi-pagi akak dah memotong rumput kat depan rumah. Dah 2 minggu tak berpotong.


Lepas potong rumput, akak pungut hasil lak. Nilah pokok cili padi akak. Dah tak payah gi kedai beli cili padi lagik. Ada 2 pokok(lain jenis) satu tanam kat tanah , satu lagik dalam pasu.

Lepas pungut hasil, kemas pasu kat dalam kawasan rumah lak. Mana yang layu, yang kuning sumer kasi trim...

Selepas selesai mengemas, haaa...ada satu lagi aktiviti akak, kalo orang lain sebuk menjahit nak nyambut raya, di sebabkan akak tak pandai menjahit akak isikan masa dengan menumbuk inai. Gambo berinai takdek lak. Semalam ader amek camner lak leh ilang gambo nyer.

Selepas siap berinai, akak masak lak. Nilah menu berbuka akak. Udang galah masak sambal. Feberet darling. Hari ni tak masak banyak sbb berbuka kat rumah ayahanda n bonda. So masak satu macam jek.

Selesai sudah aktiviti akak pada puasa yang pertama. U all cemaner lak? Pasti lagik seronok kan.