12 Jun 2009

Tag dari Ninie

Salam...harini baru naik kerja. Semalam mc. Skali akak demam lah mungkin makan durian terlebih sgt kot.

So tengahari ni ada masa nak jawab tag dari ninie.

1. Apa Perasaan Anda Sekarang?
Perasaan skang ni tak sabar nak tunggul pukul 5. Seronok sebab sok tak kerja.

2. Saya nak makan...
Baru kejap tadik teringin nak makan aiskrim. Sbb tengah tension. Org kater makan aiskrim ni leh release tension.

3. Saya tak suka..
Akak tak suker apa yer..tak suker rumah berserak.

4. Impian saya?
Banyak impian sebenarnya. Salah satu nak banyak duit, so leh derma pada org yang memerlukan.

5. Haiwan yang saya tak suka?
Ho..ho...ini soalan senang jek. Akak tak suka cicak, semut, lipas. Kalo nmpk lalu kat rumah gerenti kena spray ngan sheltox.

6. Saya harapkan...
Mestilah mengharap anak-anak berjaya dan bengkel darling maju.

7. Jika boleh diputarkan masa?
Akak nak balik pada zaman remaja.

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
hmm..10 tahun akan datang, umur dah jejak ke 40-an.

9. Handphone saya adalah...
Sony Ericsson w300i. Dah dekat 3 tahun pakai. Tak cukup duit nak ganti baru.

10. Saya pernah bercinta sebanyak?
Hehehehe...bab ni susah nak ckp. Tak terkira kot.

11. Saya suka pada...
Suasana yang senyap, yang indah mcm kat tepi pantai.

12. Kawan-kawan saya...
Yang sanggup susah senang bersama.

13. Pernah dikhianati?
Ohhh...pernah. Sedih jika diingati semula.

14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap org yang mengkhianati
Kalo takdek undang-undang dan dosa bunuh jek. Boleh gitu.

Haaa...itulah jawapan nyer wahai ninie ku sayang. Sib baik soalan nyer 14 jek.

10 Jun 2009

Boring Nyerr

Salam Sayang Sumerrrrr......

Hari ni boring lah. Kat pejabat akak hari ni lengang jek. Ramai orang cuti. Maklumlah cuti sekolah masing-masing pakat cuti gak. Ada yang sedara kahwin ada yang gi makan angin. Nak gi minum pun takdek member.

Nak gi jusco, semalam akak dah gi jusco cari sandal. Sebagai ganti sandal yang dah terkoyak sebab peristiwa jatuh kat tioman harituh. Tengok harga kira mampu belilah. Maner lah nak merayau hari ni. Nak wat kerja lak takdek mood.

Ni lah rupanyer sandal akak. Cop bata lagik. Dah dirasmikan harini.





Haaa...akak nak tanyer kat u olz lah. Kot-kot tau lah pasal ilmu-ilmu pelik nih. Akak ada dengar ilmu tarik duit. Tapi dengar dan lihat melalui drama kat tvlah. Akak tanyer nih sebab kat rumah ayahanda n bonda selalu kehilangan duit. Besar gak jumlahnya. Tak tahulah kehilangan duit tuh disebabkan oleh ilmu-ilmu syaitan, kecuaian atau ada penyamun tarbus dlm rumah tuh. Itu tak dapat dipastikan sbb memasing dah bersumpah tidak terlibat dengan kegiatan tersebut. Yang peliknya disebabkan simpan duit dalam rumah pun leh hilang, ayahanda simpan duit dalam bonet keter..hilang jugak. Si pengambil tinggalkan suku jek. Tepuk dahi ayahanda sebab duit tuh dikumpul hasil dari bawak teksi untuk bayar hutang keter. Sian kat ayahanda. Takper nanti anakanda tanyer kan kat ustaz saper yang punya angkara yer ayahanda. Kat dalam rumah tuh sumer orang dah hilang duit kecuali bonda dan adinda akak yang bongsu. Pelik tul lah...

09 Jun 2009

Aktiviti Minggu Lepas

Salam Semua...Ni nak citer aktiviti akak sepanjang cuti pada hari sabtu n ahad lepas. Actually takdek apa-apa aktiviti yang menyeronokkan pun selain daripada jemputan kahwin tapi tak pegik pun sbb darling sebuk ngecat bengkel dier.

Oleh itu akak n anak-anak buat aktiviti sendiri yang pompuan ikut akak gi salun dan yang lelaki gi ikut ayah dier ngecat bengkel.

Nak citer gi salun ni bukan wat mender pun, puteri-puteri akak sebuk dok bercerita nak rebonding rambut. Dari tahun lepas lagi diorang kater nak kumpul duit raya pahtu nak wat rebonding tapi darling tak kasi dier kater membazir wat mahal-mahal baik simpan jek duit kat bank. Terkulat-kulat diorang mandang kat bapak eh.

So akak sebagai ibu tak sampai hati lak, hari sabtu harituh maka akak pun bawak puteri-puteri pergi ke salun di tmn U. Bukan setakat puteri-puteri jek, dengan akak skali u. Haaa amek ko..balik rumah terkejut beruk darling tengok kat puteri-puterinya beserta dgn mak nyer skali. Lihat rambut ku guna jari pun boleh...tak berenti menggeleng darling.

Itu pasal babak rambut. Ni citer bab durian lak. Skang ni tengah sebuk durian tapi masih mahal lagik ko..ada tu sampai cecah 10 hinggit sekilo. Setiap kali lalu mandang jek lah. Kalo nak citer pokok durian ni, kek kampung suami den adolah, tapi nak balik tuh mak ngai...jauh.

Tiba-tiba tengah mikir bab durian tuh adinda akak pun msg..malam amek durian kat skudai. Pergh...ni baru kater durian runtuh ekekekek....Sib baik adinda akak bersuamikan orang yang ada pokok durian. Dapat lah merasa durian free.

Dengan segera pabila malam menjelang kami sekuarga menuju ke rumah ayahanda dan bonda di skudai untuk mengambil buah feberet kami sekuarga. Kami datang ambil buah jek pahtu terus balik rumah. Otw balik rumah tu darling bukak tingkap sambil melaung kat penjual durian tu sambil cakap..tak yah beli..orang dah dapat durian freee woooo...ni kat bawah ni akak hidangkan durian yerrr...


Durian..durian..mari rapat saper lambat tak dapat...


haa....amek sorang sket arrrr...ingat orang belakang..jgn rebut-rebut...sumer orang dapat..

04 Jun 2009

Pergi amek peksa PTK2

Salam sumer, harini dan besok akak ader peksa TK2. Kira peksa nak naik gajilah ni. Tadi baru lepas amek kertas umum, mudah-mudahan dapatlah aras 4. Kalo boleh malas nak amek lagi biorlah skali jek terus lepas. Sib baik member pergi taklimat ptk arituh ada contoh soalan. So mmg byk membantulah.

Pagi ni nak gi peksa tak ckp ngan darling pun. Tak ckp pun tolong doakan ker aper ker sbb hati tengah bengkek ngan dia. Sebabnya hatiku terhiris pilu...jiwang lah pulak. Semuanya berpunca di tioman harituh.

Masa kat sana, ada satu peristiwa yang tak dapat akak lupakan. Masa otw nak ke jeti (nak balik ke mersing) akak jatuh. Tersembam you...habis mat saleh ngan mat negro sumer ketawakan akak. Punyalah malu tak dapat nak digambarkan. Tebalnya muker adalah setebal batu karang gaknyer. Darling lak leh wat bodoh jek cam tergamam lah kononnyer tak membantu langsung. Sib baik member akak kat belakang terus berlari capai tangan akak. Lepas member capai tangan akak, barulah darling rasa cam bersalah agaknyer terus paut badan konon tolong angkat jugaklah. Pahtu bukannyer nak tanyer maner sakit ker, tolong kibaskan baju yang penuh dengan pasir ker, ini tidak terus dier marah akak cam dier marah anak-anak. Ada ke patut. Akai ada ka...

Tapi takper, akak kontrol lagi wat-wat ketawa. Sampai kat jeti terus cari bilik air. Nangis kooo...sedih. Dalam hati tunggu ko balik JB nnt tahu lah akak kerjakan.

Sampai JB tunggu anak-anak sumer dah tido barulah melepaskan perasaan. Tp seperti biasa darling tak ngaku. Biasalah lelaki ego, maner ader salah sumer betul jek.

So sampai lah skang ni hati masih membeku lagi. Dalam hati tuh ader gak nak berbaik-baik. Tp mulut ni terkunci untuk berkata-kata apa lagik untuk senyum dan ketawa.

02 Jun 2009

Kenangan Di Pulau Tioman

Assalamualaikum sumer...dah lamer akak tak updatekan blog nih. Sebuk lah katerkan. Banyak sangat bahan mesyuarat yang nak disediakan. Di samping tuh jugak sebuk ngan persiapan nak gi tioman. Yeah..masanya tiba jugak akhirnya rombongan Kelab Keriss, Fppsm untuk menjejakkan kaki ke Pulai Tioman.

Bercerita tentang hari kuarga kat Tioman nih, byk suka dan duka nya. Pat suka tuh tentulah dapat melawat tempat yang indah nih. Kira meredah lautan nak sampai ke sana. Yang pat tak seronoknya bab menunggu feri masa nak balik ke jeti mersing. Perghhhh.....bukan setakat meleleh peluh, lutut pun dah naik longgar. Korang bayangkan feri yang sepatutunya dijadualkan pukul 2.30 petang terpaksa di tunda ke 3.30 petang. Oklah takdek masalah, so kitorang pun masih leh bersantai lagik. Tepat kul 3 petang kitorang pun berangkat ke jeti. Seperti yang dijanjikan maka tibalah feri pada jam 3.40 ptg, tp hampeh dier kater feri hanya leh amek 6 orang penumpang sahaja, sedangkan group kitorang ada 46 orang. Dia soh kitorang naik feri lagik satu yang akan sampai lagik 1 jam....aduhhhh....cemaner citer ni brader.

Jam dah menunjukkan jam 4.30 petang. Wahhh dah nampak feriii...yeh..yeh..boleh balik...tapiiiiii...feri terus berlalu pergi tanpa singgah ke jeti kami kerana feri dah penuh..So aku pun dengan segera menelefon pihak resort minta tolong bg tau kat feri blue water kul baper nak amek group kitorang nih. Resort kater kul 6 petang....diulangi lagik skali pukul 6 petang...syabbasss inspektor sahabbb...Sib baiklah feri yang dijanjikan kul 6 petang tuh tiba...so lapanglah dada....dan tibalah di jeti mersing pada jam 7.40 malam dengan selamatnya.

Oklah tu yang tak seronok, yang seronok nya pemandangan kat sinilah. Memang akak cakap cantik tul pemandangan dia. Nak carik sampah pun susah. Laut dier mcm dlm akuarium ko...ikan dengan selamba jek berenang tak takut ngan orang. Tapi tak boleh ditangkap, kalo tangkap sekor ikan dikenakan denda 500 ringgit...ajek tak balik akak. So malas nak citer tgk gambo jeklah yer.


Masa mula-mula nak pergi. Sgt excited. Ni masih kat Jeti mersing tengah tunggu bas UTM sbb naik feri kat Jeti Tanjung Gemuk.



Dah kat atas feri. Tioman tunggu ketibaan ku....


Kat depan challet. Tengah tunggu time minum pagi. Ini dia menu sarapan pagi. Mee hoon n roti..layann.



Kat dlm bot nak gi round pulau. Muka illy yang boring dah nak mabuk laut.

Darling n Hazim. Seronok yek..ni baru 15 minit ada 45 minit lagik nak sampai tekek.
Dah samapi kat tekek. Kawasan bebas cukai. Kat sini banyak coklat. Tapi takleh nak beli sbb takut cair. Lagipun takdek mood nak bershopping sbb dah keletihan.


Dah abis round kat tekek kitorang di bawa mandi-manda lak kat sini. Kat sinilah byk ikan. Jinak betul.


Dah puas mandi masing-masing dah letih. Ni kat jeti tengah tunggu bot nak gi snorkeling lak.

Darling yang tak sabar-sabar nak snorkeling. Inilah tempat batu karang yang sgt cantik. Dalam air takleh nak amek gambar sbb camera akak ni canggih sgt.


Hari terakhir dah nak balik..masing-masing habiskan masa mandi. Pah ni naik yer anak-anak. Mak dah nak kemas baju.


Masa untuk mengucapkan selamat tinggal tioman.


Kat jeti sedang menunggu feri untuk balik. Mula-mula ceria...tp ni dah nak naik angin tahap gaban. Sebab feri tak muncul-muncul.