Salam semua, lama dah akak tak update blog nih. Maaf lah sbb akak tak sempat. Keje lak melambak. Baru skang ni lah baru leh tarik nafas, baru leh bukak email yang dah beratus2 tuh.
Kebelakangan ni banyak aktiviti yang akak jalankan baik bersama kuarga n rakan-rakan di pejabat. Baru-baru ni kitorang sumer di kerah untuk melibatkan diri dalam program team bulding yang sedikit sebanyak telah merurunkan akak sebanyak 2 kilo. Ehehehehe...sekojap jek dah naik keje nih naik balik 2 kilo yang hilang tuh.
Program ni dijalankan pada 7 hingga 8 ogos 2009. Seronok tuh mmg lah seronok sbb baru first time akak tido dlm khemah. Menikmati udara segar dalam hutan. Tapi yang paling trauma bagi akak jungle tracking dari Lubuk Merekek ke Takah Tinggi 8km pergi dan balik dengan melalui lereng-lereng bukit yang curam. Bagi mereka yang dah biasa takdek masalah kot, tp bg akak yang tak pernah nih, satu penyeksaan.
Oklah kat sini akak tepekkan gambo utk korang sumer.
Ni kat dalam bas dalam perjalanan menuju ke selai
Tengah menunggu 4WD kat Pejabat Taman Negara
Dalam pajero menuju ke Lubuk Merekek masih sempat posing.
Perjalanan masuk ke dalam hutan. Harap sumer h/p dimatikan sebab takdek coverage. Takdeklah harapan nak tanya kabar kat darling.
Hmmmm...dah sampai kat lubuk merekek. Inilah Banglo akak.
Ni pemandangan dari depan banglo akak. Amboi Jef, ko dah macam tuan tanah minta sewa rumah.
Ni kumpulan akak. Sampai2 dah kena buat aktiviti membina bangunan dari straw, spagetti n candy. Inilah hasilnyer bangunan kami...
Aktiviti sebelah malam. Sedang mendengar taklimat untuk sesi kembara malam. Ishhh...gelap betul dalam hutan. Cemanalah org yang sesat kat hutan tuh eh...selisih.
Aktiviti hari kedua. Ni lah gang satu pejabat akak berkumpul untuk Kembara ke Takah Tinggi
Sebelum berjungle tracking amik gambo dulu.
Ni tengah semangat nak menuju ke takah tinggi. Bukan main semangat lagik.
Masih ader stamina.
Baru suku perjalanan. Masih boleh senyum.
Cabaran sudah bermula.
Ni baru separuh perjalanan dah naik basah baju akak dengan peluh. Eh! En faizal nih alih-alih timbul jek kat belakang.
Sudah tak boleh tahan. Rehat jap kat Batu Dinding. Mengikut kata Pak Dani air yang kuar dari celah batu nih, bagus untuk kesihatan. So apa lagik kitorang pun mengambil air masuk dlm botol mineral.
Muka yang penuh keletihan. Naik basah lencun baju dek peluh yang keluar cam air paip.
Ni lah pemandangan air terjun di Takah Tinggi. Memang cantik keajaiban alam ciptaan tuhan. Kat sini ikan pun banyak, tp takleh tangkap.
Ni aktiviti keesokan hari menyumpit. Haa...tepi adik kakak kang ader yang kena sumpit.
Selepas nyumpit kita di ajak masuk hutan lagik untuk sesi ikhtiar hidup. Tengok tu Pak Dani ngajar cemaner nak masak nasi kat dlm hutan.
Aktiviti kitorang terakhir water tubing. Tapi akak malas nak join baik akak main buai lagik best. Kaki pun dah naik kejang, penat pun tak hilang lagik. Yang benar nyer malas nak basahkan baju, sebab dah nak balik.Hehehhehhehe....
Akhirnya selesai gak program ni dengan selamat. Ni kumpulan akak dengan hadiah2 kemenangan.
20 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SELAMAT BERPUASA....wah cam best je team building...tu baju basah lencun pasal terejun lam air ke..pasal peluh??hehehe
BalasPadamselamat berpuasa untuk su jugak. Dah penat tak larat nak mandi manda kat saner. Baju basah tu sbb peluh beb.
BalasPadam