02 Jun 2009

Kenangan Di Pulau Tioman

Assalamualaikum sumer...dah lamer akak tak updatekan blog nih. Sebuk lah katerkan. Banyak sangat bahan mesyuarat yang nak disediakan. Di samping tuh jugak sebuk ngan persiapan nak gi tioman. Yeah..masanya tiba jugak akhirnya rombongan Kelab Keriss, Fppsm untuk menjejakkan kaki ke Pulai Tioman.

Bercerita tentang hari kuarga kat Tioman nih, byk suka dan duka nya. Pat suka tuh tentulah dapat melawat tempat yang indah nih. Kira meredah lautan nak sampai ke sana. Yang pat tak seronoknya bab menunggu feri masa nak balik ke jeti mersing. Perghhhh.....bukan setakat meleleh peluh, lutut pun dah naik longgar. Korang bayangkan feri yang sepatutunya dijadualkan pukul 2.30 petang terpaksa di tunda ke 3.30 petang. Oklah takdek masalah, so kitorang pun masih leh bersantai lagik. Tepat kul 3 petang kitorang pun berangkat ke jeti. Seperti yang dijanjikan maka tibalah feri pada jam 3.40 ptg, tp hampeh dier kater feri hanya leh amek 6 orang penumpang sahaja, sedangkan group kitorang ada 46 orang. Dia soh kitorang naik feri lagik satu yang akan sampai lagik 1 jam....aduhhhh....cemaner citer ni brader.

Jam dah menunjukkan jam 4.30 petang. Wahhh dah nampak feriii...yeh..yeh..boleh balik...tapiiiiii...feri terus berlalu pergi tanpa singgah ke jeti kami kerana feri dah penuh..So aku pun dengan segera menelefon pihak resort minta tolong bg tau kat feri blue water kul baper nak amek group kitorang nih. Resort kater kul 6 petang....diulangi lagik skali pukul 6 petang...syabbasss inspektor sahabbb...Sib baiklah feri yang dijanjikan kul 6 petang tuh tiba...so lapanglah dada....dan tibalah di jeti mersing pada jam 7.40 malam dengan selamatnya.

Oklah tu yang tak seronok, yang seronok nya pemandangan kat sinilah. Memang akak cakap cantik tul pemandangan dia. Nak carik sampah pun susah. Laut dier mcm dlm akuarium ko...ikan dengan selamba jek berenang tak takut ngan orang. Tapi tak boleh ditangkap, kalo tangkap sekor ikan dikenakan denda 500 ringgit...ajek tak balik akak. So malas nak citer tgk gambo jeklah yer.


Masa mula-mula nak pergi. Sgt excited. Ni masih kat Jeti mersing tengah tunggu bas UTM sbb naik feri kat Jeti Tanjung Gemuk.



Dah kat atas feri. Tioman tunggu ketibaan ku....


Kat depan challet. Tengah tunggu time minum pagi. Ini dia menu sarapan pagi. Mee hoon n roti..layann.



Kat dlm bot nak gi round pulau. Muka illy yang boring dah nak mabuk laut.

Darling n Hazim. Seronok yek..ni baru 15 minit ada 45 minit lagik nak sampai tekek.
Dah samapi kat tekek. Kawasan bebas cukai. Kat sini banyak coklat. Tapi takleh nak beli sbb takut cair. Lagipun takdek mood nak bershopping sbb dah keletihan.


Dah abis round kat tekek kitorang di bawa mandi-manda lak kat sini. Kat sinilah byk ikan. Jinak betul.


Dah puas mandi masing-masing dah letih. Ni kat jeti tengah tunggu bot nak gi snorkeling lak.

Darling yang tak sabar-sabar nak snorkeling. Inilah tempat batu karang yang sgt cantik. Dalam air takleh nak amek gambar sbb camera akak ni canggih sgt.


Hari terakhir dah nak balik..masing-masing habiskan masa mandi. Pah ni naik yer anak-anak. Mak dah nak kemas baju.


Masa untuk mengucapkan selamat tinggal tioman.


Kat jeti sedang menunggu feri untuk balik. Mula-mula ceria...tp ni dah nak naik angin tahap gaban. Sebab feri tak muncul-muncul.

5 ulasan:

  1. kat tioman duk kg tekek ke?...kalau kat situ ko kata dah cantik ...masih ada lagi kg lain yg lagi 3 kali ganda cantik...kg salang...kat tekek tu bz...byk kete..moto...kat kg salang lagi aman damai...lagi cantik giler...aku kalau kaya kayan...aku beli tanah kat kg salang tu n duduk diam2 kat situ...aku penah ke tioman 5 kali...masih nak pegi lagi...

    BalasPadam
  2. duk kat idaman beach kat kpg genting. Kat tekek jenjalan jek.

    BalasPadam
  3. Nasib aku tak ikut koo... kalau tak cemanalah aku nak handle anak2 aku....

    BalasPadam
  4. betul layar, sian akak tgk kat budak2 kecik. Sib baik diorang tak meragam. Ada tuh sampai tidok kat atas longgokan beg sbb dah penat sgt.

    BalasPadam
  5. APA???? feri tu berlalu pergi tanpa singgah mengambil ko???? ishhh ini boleh mendatangkan marah... apasal kak yu tak tepun ceq? bleh ceq datang pakai teksi.. ekekkekekkekeke... ahahah.. memang sadis tolll 2.30 ptg jadik kol 6 petang... huhhuhu.... kalau berenang dah sampai agaknyer.....

    BalasPadam