02 November 2009

Berus Jangan Tak Berus

Salam...alhamdulillah bertemu lagi kiter dalam ruangan ini. Masih lagi bernafas. Hari ni hari Isnin, mungkin ada di kalangan uolz begitu bersemangat untuk kembali bekerja harini untuk menyambung tugas-tugas dan tak kurang juga keletihan kerana pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari cuti.

Bagi akak sekuarga hari cuti kali ni takdek kemana2, cuma menghabiskan masa di rumah ayahandabonda pada hari sabtu dan hari ahad men'servis' rumah. Kali ni akak menugaskan darling untuk menyental belakang rumah yang berlumut.

Hmmm...tengok lumutnya..akak ckp kat darling jgn kat depan rumah jek nak cantik, belakang rumah pun kena amek kira jugak.

"Abang basuh rumah kita jek, jgn lak nak tunjuk rajin sampai tolong basuhkan rumah sebelah..."

Berus, jangan tak berus, sayang tukang amekkan air jek, kira tolong gak kannnn...

Tugas akak pulak membersihkan laman yang sekangkang kera nih. Kalao ada saper yang mengikuti entry akak sebelum nih, kat laman akak ni dulu ada tanam pokok cili api, tapi dah mati so akak gantikan ngan pokok hiasan nama nyer pokok siantan kot kalo tak silap. Tapi masih lum ada daun lagik.

Tapi kalo uolz nak tau, dalam banyak2 pokok yang ini akak paling sayang. Kalo orang johor tak boleh tinggal daun ni kalo masak gulai...apa lagik kalo bukan daun kesum...

30 Oktober 2009

BuNgA IdAmAn KU..................

Sayam tayang sumerrrrrrrr.........

Perghhhh...hari ni datang keja lutut sakit beb. Ini sumer penangan gi aerobic. Penangan joget ala2 stacy n tango. Haa...sampai terkucel lutut mak....

Skang ni akak tengah semangat gi aerobic maklumlah badan dah montelllll sangat. Tengok kat cermin pun tension tau. Paling tension time beli baju. Maner yang berkenan takdek saiz, kalo berkenan tgk org pakai cantikkk siap ada shape, tp biler akak pakai...jadi strait...huwaaaaaa.....korang bagi akak sokongan ehh..skang ni berat akak 80 kg tauuu..kalo bolehh sampai bulan 12 ni akak target dpt turun 75 kg pun ok...dan sasaran seterusnyer sampai 65. Kira oklah kan, kalo kurus sgt tak mongel lak kan, dah lah darling kurus nnt peluk tak rasa aper...(hihi..sensored).

Sebenarnya akak nak kongsi ngan uolz bunga idaman akak, sampai skang nih tak dpt2 sebab tanyer kat kedai bunga dah siap gubah RM200. Nak modal bunga jek tak reti lak nak gubah, sbb akak ni tak seni...

Ni akak tepekkan gambo nyer, kalo saper2 nak bg hadiah silakan lah, tak cukup tapak tangan, satu rumah akak tadah kan. Tp gambar blur sket lah sbb tangkap dlm catalog....Layannnn...

Haaaaaa...shanteeeekkkk kannnnn....

29 Oktober 2009

Sonok Dapat Org Banje Minum....

Salam...selamat pagi....semoga hari ni ceria semua hendaknyer. Mesti masing2 ader citer best semalam, dan tak kurang mesti ader yang bersedih..tp takper hari ni kiter cuba ceria-ceriakan suasana...oh yehhhh...

Semalam hati akak byk senang sebab pagi ada org nak banje akak minum, saper lagik kalo tak bukan cik naturalspirit. Alhamdulillah saat poket kering ni aderlak orang nak banjekan..apakan tidak, nak tunggu gaji lambat lagi wooo...akhir bulan sebelas..gilak luuu..inipun dah nyawa2 ikan.

Inilah cik naturalspirit yang banje akak minum pagi. Kitorang gi minum kat restoran nasi ayam penyet. Tp pilihan menu kitorang mee hoon bakso...Tima kasih naturalspirit semoga allah cucuri rahmat ke atas mu, dan bertambah lagik rezeki..aminnnnnnn. Lepas ni leh ko banje kitorang kat anjung warisan lak, dah kebetulan.........sila ko sambung ayat nyer yek...

Haaaa..nampk bebola daging saya...hmm...nyum..nyumm..Kat sebelah tu layarlara tp tak moh amek gambo, keadaan tak mengizinkan katanyer....

haaa...apa lagi jemputlah...rasa sket sorang eh...jgn rebut-rebut...ha yang belakang tuh dapat rasa lum...kang kempunan..ha camtu lahhhh...


Hmmm...giliran akak lak yer nak makan....

28 Oktober 2009

Minggu Anak2 Peksa

Salam sayang sumer....minggu ni tiga2 anak akak amek peksa. Rasanyer sumer sekolah samer jek kan tengah peksa. Risau gak hati ni boleh tak diorang menjawab.

Maner tidak nyer biler kiter suruh dier ngulang kaji banyak sangat alasan. Asal ngajar jek tu jam lah menyangap. Tapi yang peliknyer biler tutup buku jek terang plak mata tgk tv atau main game.
Semalam pepagi hazim dah ckp kat akak, "mama doakanlah hazim yer semoga hazim dapat jawab peksa", korang tak tau nak, tiap2 lepas sembahyang mama doakan kejayaan korang sumer....

So, anak-anakku semoga kalian berjaya peperiksaan akhir tahun ni, dan mama doakan juga semoga kalian dapat naik kelas yang lebih baik. Tak lupa juga untuk semua2 yer yang ada anak2 amek peksa akak doakan anak2 u olz mendapat keputusan yang baikkkkk....aminnnnnnn..

26 Oktober 2009

Saja Membuang Masa

Salammmmmm...sebenarnyer arini takdek idea nak tulis aper. Tapi disebabkan boring n mengantuk, akak paksa juga diri tulis kat blog nih. Nak kater takdek keje ader tapi faham2 jeklah hari senin kannnn...huaraghhhhhh....

Arini akak sajek nak tepek2 gambo jek...so layan jek lah yer.....

Masa ni akak pegi rumah mak sedara kat Batu Gajah Perak dlm pertengahan bulan lapan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak dia. Mak Busu akak ni ada satu jek anak dia (melur). So memandangkan lepas ni dier tak buat majlis kahwin lagik, akak terpaksalah pegi. Kalo u all nak tau mak busu akak ni orang kuat masa akak n adik2 yang lain kahwin. So tak patutlah kalo akak tak pegi rumah dia kannnnn....

Ni gambo akak ngan mak busu yang berdiri sebelah akak (tudung coklat).

Ni gambo akak sekeluarga masa hari raya arituh. Kira gambo dah basi, tp tak kira akak nak letak jugak.
Ini aksi budak2 nakal kat rumah. Asal tak sekolah macam2 aktiviti diorang buat kat rumah, termasuk kelahi.....

Masa ni kat rumah pak sedara akak kat Bakar Batu, JB kerana majlis pertunangan anaknya. Masa bergambo ni anak akak sorang lagi Muhd Hazim tengah sebuk main ngan sepupu2nyer. Ajak bergambo pun tak nak.


Ini lah orang yang bertunang. Yang baju blue black nih adik akak selaku jurusolek yang bertunang.

Ini lah Band adik akak The Epal sedang buat show atas undangan persatuan Teksi Johor Bahru pada 25/10/09. Yang menyanyi sambil petik gitar tuh lah adik akak, Mohd Isa Azrai.

Seperti biasa akak dilantik sebagai rakaman video dan adik akak di sebelah Isni Qurratu'ain sebagai jurukamera yang tidak bertauliah (kedua-dua nyer). Ni kira dah penat lah nih..

Hazim seperti biasa mengambil peluang di atas kesebukkan mama nyer dengan bermain di taman permainan yang terletak di sebelah dewan. Yang sebelah tu sepupunyer Mohd Haikal.

22 Oktober 2009

Tok! Tok! Tok! Assalamualaikum.....

Swapp...Swapp...dup..dup..zeeeeetttttt......Aduhhh...penat sungguh menyapu habuk kat rumah ni yang dah banyak sekali sawang2 nyer...maklumlah dah lama bangat akak tak datang rumah nih. Maklumlah sejak dua menjak nih sebuk tul ngan tugas harian.

Nak cakap tak de aktiviti, berlambak aktiviti akak yang nak dikongsi bersama, tapi tu lah disebabkan malas sumer tak jadik. Tp skang ni dah oklah sket kot, sbb orang yang akak tanggung tugas dah nak balik kerja minggu depan....wahhhh sonok nyer....welkang dayah.....2 bulan akak nanggung tugas ko cam rasa setahun...stresssss....sangat..

Kali ni akak tak dapat lah nak tepek gambo. Nanti lain kali lah yer. Tengok lah sok2 ker sbb faham2 jeklah baru ngemas rumahkan...

So ok lah sampai kat sini jek kali ni, sajek sekadar nak bg tau yang rumah ni masih berpenghuni. Ok lahh babai....sampai jumpa lagiiiiiiii....

24 Ogos 2009

AkTiViTi Di HaRi CuTi

Salam kepada sumerrrr.....selamat berpuasa yer. So cemaner dengan minggu pertama puasa? Mesti ramai yang balik kampung. Akak cam biase arrr...balik kampung skudai yang hanya 10 minit sahaja dari kediaman ku.

Hari ni takdek nak citer aper2 cuma nak tepek gambo jek di sepanjang aktiviti akak jalankan pada hari pertama menyambut pose......

Pagi-pagi akak dah memotong rumput kat depan rumah. Dah 2 minggu tak berpotong.


Lepas potong rumput, akak pungut hasil lak. Nilah pokok cili padi akak. Dah tak payah gi kedai beli cili padi lagik. Ada 2 pokok(lain jenis) satu tanam kat tanah , satu lagik dalam pasu.

Lepas pungut hasil, kemas pasu kat dalam kawasan rumah lak. Mana yang layu, yang kuning sumer kasi trim...

Selepas selesai mengemas, haaa...ada satu lagi aktiviti akak, kalo orang lain sebuk menjahit nak nyambut raya, di sebabkan akak tak pandai menjahit akak isikan masa dengan menumbuk inai. Gambo berinai takdek lak. Semalam ader amek camner lak leh ilang gambo nyer.

Selepas siap berinai, akak masak lak. Nilah menu berbuka akak. Udang galah masak sambal. Feberet darling. Hari ni tak masak banyak sbb berbuka kat rumah ayahanda n bonda. So masak satu macam jek.

Selesai sudah aktiviti akak pada puasa yang pertama. U all cemaner lak? Pasti lagik seronok kan.

21 Ogos 2009

Majlis Makan Malam UTM-TLDM n Besday Akak

Salam Sumerrrrrr....sebelum tuh akak nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang membaca ruangan akak nih. Semoga menempuh bulan yang mulia dengan penuh kesabaran di samping mendekatkan diri denganNYA.

Ok..semalam besday akak tau. Happy Besday To Me...heheheh..takdeklah menyambutnya alar party gitu. Cuma darling ajak gi Jusco, Tmn Universiti belanja makan kat sedap corner. Pahtu darling bagi hadiah handbag. Taklah jenama yang mahal2 tp bagi akak sungguh berbesar hati dan berterima kasih kat darling sbb ingat jugak. Buat abang, sayang ucapkan terima kasih i love u forever.....

Nilah rupanyer hadiah dari darling.

Pada malam 19 Ogos akak ader majlis makan malam dengan program kerjasama UTM-TLDM sempena majlis konvokesyen. Ni kira celebrate akak nyer besday gaklah yek..(perasan gitu). Tahun ni kitorang wat kat Sofitel Palm Resort di Senai, (skang dah di kenali dgn nama Mecure). Akak pulak kebetulan petugas pada malam tuh. So tengok gambo jeklah yek.

Sebelum tetamu sampai kita posing dulu eh..

Menunggu ketibaan tetamu untuk diberikan door gift

Sementara tunggu makan posing lagik...

Makanan dah sampai meh mak bagi2 sorang sikit...


Kami juga menjemput Kombo UTM untuk meriahkan lagi majlis. Abg Baju hitam ni power beb suara dier.

Graduan dari TLDM yang diraikan..

Para graduan mempersembahkan tarian poco-poco dengan diiring muzik dari kombo UTM.

Para Graduan bergambar kenang-kenangan dengan VIP. Tahniah Diucapkan kepada semua graduan...Good Luck...

20 Ogos 2009

Team BUilding Di Endau-Rompin

Salam semua, lama dah akak tak update blog nih. Maaf lah sbb akak tak sempat. Keje lak melambak. Baru skang ni lah baru leh tarik nafas, baru leh bukak email yang dah beratus2 tuh.

Kebelakangan ni banyak aktiviti yang akak jalankan baik bersama kuarga n rakan-rakan di pejabat. Baru-baru ni kitorang sumer di kerah untuk melibatkan diri dalam program team bulding yang sedikit sebanyak telah merurunkan akak sebanyak 2 kilo. Ehehehehe...sekojap jek dah naik keje nih naik balik 2 kilo yang hilang tuh.

Program ni dijalankan pada 7 hingga 8 ogos 2009. Seronok tuh mmg lah seronok sbb baru first time akak tido dlm khemah. Menikmati udara segar dalam hutan. Tapi yang paling trauma bagi akak jungle tracking dari Lubuk Merekek ke Takah Tinggi 8km pergi dan balik dengan melalui lereng-lereng bukit yang curam. Bagi mereka yang dah biasa takdek masalah kot, tp bg akak yang tak pernah nih, satu penyeksaan.

Oklah kat sini akak tepekkan gambo utk korang sumer.

Ni kat dalam bas dalam perjalanan menuju ke selai

Tengah menunggu 4WD kat Pejabat Taman Negara

Dalam pajero menuju ke Lubuk Merekek masih sempat posing.


Perjalanan masuk ke dalam hutan. Harap sumer h/p dimatikan sebab takdek coverage. Takdeklah harapan nak tanya kabar kat darling.


Hmmmm...dah sampai kat lubuk merekek. Inilah Banglo akak.



Ni pemandangan dari depan banglo akak. Amboi Jef, ko dah macam tuan tanah minta sewa rumah.

Ni kumpulan akak. Sampai2 dah kena buat aktiviti membina bangunan dari straw, spagetti n candy. Inilah hasilnyer bangunan kami...


Aktiviti sebelah malam. Sedang mendengar taklimat untuk sesi kembara malam. Ishhh...gelap betul dalam hutan. Cemanalah org yang sesat kat hutan tuh eh...selisih.


Aktiviti hari kedua. Ni lah gang satu pejabat akak berkumpul untuk Kembara ke Takah Tinggi

Sebelum berjungle tracking amik gambo dulu.

Ni tengah semangat nak menuju ke takah tinggi. Bukan main semangat lagik.

Masih ader stamina.

Baru suku perjalanan. Masih boleh senyum.

Cabaran sudah bermula.


Ni baru separuh perjalanan dah naik basah baju akak dengan peluh. Eh! En faizal nih alih-alih timbul jek kat belakang.

Sudah tak boleh tahan. Rehat jap kat Batu Dinding. Mengikut kata Pak Dani air yang kuar dari celah batu nih, bagus untuk kesihatan. So apa lagik kitorang pun mengambil air masuk dlm botol mineral.



Muka yang penuh keletihan. Naik basah lencun baju dek peluh yang keluar cam air paip.

Ni lah pemandangan air terjun di Takah Tinggi. Memang cantik keajaiban alam ciptaan tuhan. Kat sini ikan pun banyak, tp takleh tangkap.

Ni aktiviti keesokan hari menyumpit. Haa...tepi adik kakak kang ader yang kena sumpit.

Selepas nyumpit kita di ajak masuk hutan lagik untuk sesi ikhtiar hidup. Tengok tu Pak Dani ngajar cemaner nak masak nasi kat dlm hutan.



Aktiviti kitorang terakhir water tubing. Tapi akak malas nak join baik akak main buai lagik best. Kaki pun dah naik kejang, penat pun tak hilang lagik. Yang benar nyer malas nak basahkan baju, sebab dah nak balik.Hehehhehhehe....

Akhirnya selesai gak program ni dengan selamat. Ni kumpulan akak dengan hadiah2 kemenangan.